Wednesday, July 31, 2013

Iftar di Putrajaya

Alhamdulillah kami sekeluarga & kakitangan syarikat berpeluang berbuka puasa di Putrajaya. Ini adalah pengalaman yang indah bagi kami sekeluarga, bukan sahaja dapat makan yang sedap-sedap malah berbuka puasa di atas bot.






























Saturday, July 27, 2013

Menuntut ilmu

Menuntut ilmu menjadi kewajipan kpd semua muslim lelaki & perempuan.

Silatur rahim

Antara perbuatan yg patut diteruskan ialah meneruskan silaturrahim.  Alhamdulillah kami 'badge' 79-83  bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah Ipoh, Perak masih lagi berhubung satu sama lain.

Dengan adanya teknologi IT seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain ia menjadi lebih mudah. Semoga silaturrahim yg sedia terjalin kekal hingga ke akhir hayat.

Berlebih kurang

Semasa membeli kayu siwak di kedai berhampiran masjid Pakistan tempoh hari, aku mendapat satu pengajaran yang amat baik iaitu berlebih kurang.

Aku membeli quantiti yg agak banyak lebih kurang 15 kayu siwak. Semasa hendak membuat bayaran, peniaga tersebut menanyakan berapa bilangannya lalu aku memberitahu 15. Disebabkan ingin kepastian, aku meminta dia supaya dia membilang semula. Apa jawapan beliau? Tidak mengapa katanya kalau lebih lebih saya halalkan.

Masaallah.....itulah peniaga yg berlebih kurang tidak bimbang &  tentang kerugian perniagaannya.

Semoga dia mendapat keberkatan & mendapat kemulian dunia & akhirat.

Sunday, July 21, 2013

Siwak

Aku berazam untuk menggunakan siwak sekerap mungkin. Terlalu besar & banyak pahala jika dibandingkan orang yang bersiwak & tidak.

Itu juga pesanan Habib Khazim semasa ziarah beliau baru baru ini.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk beramal secara istiqamah. Amin.

Saturday, July 20, 2013

Terawih di Masjid Al Hana, Langkawi

Alhamdulillah, sempat juga berterawih di Langkawi.  Mungkin ini kali pertama & terakhir. Wallahua'lam.
Masjid yang dikunjungi ialah masjid Al Hana, Kuah Langkawi.  Masjid dibanjiri oleh jemaah, full house & tapi sayang selepas 8 rokaat, tinggal 3 saf aje.
Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada jawatankuasa masjid kerana menetuskan tradisi 20 rakaat.
Syukur Alhamdulillah. 

Langkawi - 20-22 Julai 2013

Aku terpaksa pergi ke Langkawi atas tugas, walaupun aku berazam tidak mahu outstation di bulan Ramadhan ni.

Apakan daya demi tugas  & arahan dari pihak atasan aku akur.

Pilihan aku ialah dengan terbang menaiki firefly dari Subang Airport. Ini adalah sangat practical kerana dekat dengan rumah, kira kira 15 minit sahaja.

Aku tidak ingat bila kali terakhir aku ke Langkawi, rasa-rasanya 2 tahun yang lalu.

Banyak perkara menarik yang aku lalui semasa berada di Langkawi & akan dikongsi di entri yang lain.

Saturday, July 13, 2013

PhD

Perasan hanya Dia. PHD, ringkasan perkataan yang sangat besar ertinya. Iaitu kita percaya segala perbuatan kita diketahui oleh Allah. Maknanya jika kita berpegang kepada kepercayaan ini, kita tidak akan melakukan perkara maksiat atau yang bertentangan dengan ajaran Islam. Segala galanya di ketahui oleh Allah, pencipta kita.

Tuesday, July 9, 2013

1 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 10hb Julai 2013

Alhamdulillah dipanjangkan umur dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Insyaallah aku berazam ingin menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelum-sebelum ini.

Perkara asas menjaga puasa itu sendiri tanpa dosa & perkara-perkara yang lalai (laro) disamping menambah aktiviti keugamaan yang lain. Antaranya:-

1- Solat berjemaah setiap waktu
2- Baca Quran
3- Zikir-zikir
4- Solat sunat
5- Infak
6- Jaga akhlak

Ya Allah peliharalah diri ku & keluarga ku daripada melakukan maksiat & jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik buat kami.