Semasa membeli kayu siwak di kedai berhampiran masjid Pakistan tempoh hari, aku mendapat satu pengajaran yang amat baik iaitu berlebih kurang.
Aku membeli quantiti yg agak banyak lebih kurang 15 kayu siwak. Semasa hendak membuat bayaran, peniaga tersebut menanyakan berapa bilangannya lalu aku memberitahu 15. Disebabkan ingin kepastian, aku meminta dia supaya dia membilang semula. Apa jawapan beliau? Tidak mengapa katanya kalau lebih lebih saya halalkan.
Masaallah.....itulah peniaga yg berlebih kurang tidak bimbang & tentang kerugian perniagaannya.
Semoga dia mendapat keberkatan & mendapat kemulian dunia & akhirat.
No comments:
Post a Comment